Ha sesiapa yang perasan, blog abiummi dah dipasang dengan twitter untuk quick update dan ringkas di sidebar kanan. So sesiapa yang rindukan entri2 baru yang tak kunjung tiba
rajin2 la subscribe twitter abiummi. InsyaAllah ada update2 ringkas aktiviti2 kami dari masa ke semasa. Apa itu twitter? Twitter ni boleh kata macam SMS dan blog ringkas… terhad sebanyak 140 huruf sahaja. Orang boleh subscribe atau follow (istilah twitter) kita dan kita juga boleh follow orang lain. Follower akan dapat menerima sebarang mesej yang dihantar oleh anda melalui twitter. So apa kata anda buat satu akaun twitter anda sendiri, follow kami dan kami akan follow anda ;). Sebelum itu baca hadiah istimewa kami di bawah.
Hadiah istimewa: kepada semua follower twitter abiummi, anda akan diberikan hadiah berupa peluang untuk mencetak (print) gambar atau imej yang diambil menggunakan kamera digital. Hadiah ini hanya terhad untuk satu imej digital bagi setiap follower. Imej yang dicetak adalah berukuran 5″ x 7″ dan akan dihantar terus ke mana-mana alamat di Malaysia. Bagi sesiapa yang telah pun menjadi follower sila hantar msg melalui twitter dengan menaip @abiummi hadiah istimewa.
Nota:
1) Kami berhak menolak untuk mencetak gambar yang dirasakan tidak sesuai.
2) Penghantaran adalah terhad kepada alamat di Malaysia sahaja.
3) Tawaran hadiah istimewa ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis 