Berhari Raya bersama Nafeesa
Â
Salam aidilfirti, eid mubarak kepada semua yang berkunjung ke blog ini. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu banyak atau sedikit diterima oleh Allah hendaknya.
Ramadhan dan Aidilfitri kali ini kami bersama dengan ahli baru Farah Nafeesa.Â
Tahun ini seperti juga tahun lepas, kami beraya di semua kampung2 utama keluarga kami. Bermula dengan ke Pelabuhan Klang (berjumpa dengan Onyang Os dan Opah Yang) pada hari terakhir Ramadhan sebelum bertolak ke Seremban beraya bersama Nek Yang. Raya ke-3 sudah berada di Kampar beraya bersama Opah Yang lagi satu. Raya ke-5 dan 6 berada di Kuala Lipis dan Bukit Betong.
Tahun ini juga Amaani dan Farhana mendapat baju raya sampai 4 - 3 pasang seorang. Sebenarnya budak-budak ni dah kekurangan baju. Umur waktu begini cepat sungguh baju tak muat. So alang-alang nak raya ni beli la banyak sikit baju.
Perjalanan raya kali ni memang jauh. Penat la juga abi ni memandu terutama perjalanan balik dari Kuala Lipis. Kesesakan bercampur dengan hujan dan jalan yang berbukit (fuhh kombinasi mantap tuh). Itu tak termasuk dengan ragam “the 3 angels” lagi. Sorang nak suruh buat susu, sorang nak pegi bilik air, sorang lagi nak tukar lampin. Amaani dan Farhana pulak asyik menyakat satu sama lain. Nasib baik abi dia sabar…
Untuk melihat lebih banyak gambar kami berhari raya sila ke galeri kami atau klik di sini.
Salam Eidul Fitr dan Maaf Zahir Batin daripada kami sekeluarga.

Comments(2)

