Amaani & Sofiyyah naik AirAsia

10-11Mac08-JBAirAsia_0008 10-11Mac08-JBAirAsia_0054 10-11Mac08-JBAirAsia_0015

Lama sudah blog ini tidak dikemaskinikan dengan entri baru. Ini merupakan entri yang pertama bagi tahun ini. Banyak sebenarnya berita-berita baru yang hendak dikongsikan. Tapi bagi entri ini kita fokuskan dulu kepada tajuk di atas.Ya, Amaani dan Sofiyyah telah menempuh pengalaman baru menaiki kapalterbang. Semenjak Amaani melihat abi ke Bahrain dan Jeddah dengan menaiki kapalterbang pada tahun lalu dan juga tidak lupa ammu nya yang ke Mesir (study Medic), dia beria-ia sangat untuk menaiki ‘aeroplane’. Sebenarnya ini juga merupakan pengalaman ummi yang pertama.Untuk melihat bagaimana terujanya Amaani dan Sofiyyah melalui pengalaman istimewa ini, tonton video youtube yang ada dalam entri ini.




Destinasi kami adalah Johor Bahru. Penerbangan bermula dari Terminal LCCT, (bukan KLIA kerana kami menaiki AirAsia) menuju Lapangan Terbang Senai. Sedikit latarbelakang mengenai perjalanan ke JB. Kami ke JB untuk bersama rombongan pengantin perempuan iaitu MakNgah (adik ummi) bertandang ke kenduri pengantin lelaki PakNgah Rahman. Pada asal rencana, pada 8 Mac akan diadakan kenduri kahwin PakNgah (adik abi) dan kerana abiummi tahu kami akan keletihan, maka dari situ idea naik kapaterbang muncul. Ditakdirkan pilihanraya ke-12 jatuh pada 8 Mac juga, maka kenduri PakNgah terpaksa ditangguh.

Info penerbangan:-

FightDetailsAirAsia1

Kebetulan dapat tiket yang harganya RM0.00 (tidak termasuk cak perkhidmatan, cukai lapangan terbang dan caj bahanapi). Dua tiket dewasa dan satu tiket kanak-kanak. Sofiyyah kerana bawah 24bulan dikira sebagai ‘infant’ dan duduk dengan ummi. So semuanya ada 3 tempat duduk sahaja.

Dek kerana keletihan sangat selepas penat semalamnya dengan pilihanraya, terutama bagi Selangor, khasnya kawasan kami Shah Alam yang baru sahaja dapat di’tawan’ oleh rakyat, kami bangun ketika jam dah menunjukkan tepat 6 pagi. Padahal penerbangan pukul 7.55 pagi. Abiummi sahaja yang sempat mandi, Amaani dan Sofiyyah tukar baju sahaja. Dalam pukul 6.40 pagi selepas barang-barang dimasukkan ke dalam kereta, abi terus memecut ke LCCT. Akhirnya kami sampai dalam jam 7.20 pagi. Abi terus berlari ke kaunter untuk urusan daftar masuk (check-in). Cari punya cari, rupanya kaunter untuk ke JB telah ditutup. Tapi nasib baik adalagi staf di situ yang sedang menguruskan seorang penumpang yang juga lambat macam kami. Nasib baik barang tak banyak, dan dengan menggunakan kad pengenalan yang dilalukan ke sebuah alat, urusan ‘check-in’ selesai. Kami terus ke balai berlepas. Bilangan penumpang tidaklah berapa ramai dan tadi pun staf dikaunter memaklumkan yang kapalterbang tidak penuh. Sesiapa yang tidak pernah menaiki AirAsia, jangan pelik sekiranya nombor kerusi tidak diberikan, kerana anda bebas untuk memilih tempat duduk dengan syarat kena beratur di barisan hadapan. Kiranya “siapa cepat dia dapat”. Tapi kalau anda tidak mahu berebut-rebut, atau tidak mahu berkejar untuk beratur dihadapan apabila pengumuman masuk diumumkan, apa yang perlu anda lakukan adalah belanja lebih sedikit untuk mendapatkan “express boarding” (syafa’at) RM20 sahaja untuk penerbangan pergi balik atau RM10 unt kanak-kanak. Sesiapa yang ada syafa’at ini, akan dapat naik dahulu, mendahului semua penumpang lain. Ianya memang sesuai jika ada anak-anak kecil macam kami ni.

FightDetailsAirAsia2

Lagi satu kelainan AirAsia adalah makanan dalam penerbangan kena dibeli dan tidak diberi secara percuma. Nama pun tambang murah kan! Tapi abi dah siap-siap beli satu sandwich untuk Amaani dan Sofiyyah kalau-kalau mereka lapar. Sebenarnya abi dan ummi pun lapar jugak sebab tak sempat sarapan tadi.

Dalam kapalterbang, Amaani duduk sebelah abi dan Sofiyyah dengan ummi. Oleh kerana tempat duduknya 3-3 maka abi dengan Amaani duduk sebelah kiri dan ummi dan Sofiyyah duduk sebelah kanan. Amaani seronok dapat duduk sebelah jendela. Bahagian yang paling dia tak suka adalah waktu kena pakai tali pinggang. Bila pakai, dia terpaksa duduk dan tak nampak pemandangan luar di jendela. Terpaksalah beberapa kali pujuk dia untuk duduk sementara menunggu isyarat memakai tali pinggang dipadamkan. Sofiyyah pun apa kurangnya, dia dapat tempat duduk tapi asyik nak diri dan duduk bawah. Tapi akhirnya terlelap juga… Amaani ni jenisnya mana boleh duduk diam, jadi kenalah layan, cakap-cakap dengan dia, baca majalah yang ada di tempat duduk dengan dia. Kalau tidak mulalah dia nak susu, nak pergi kat ummi, nak itu dan ini. Alhamdulillah penerbangan hanya dalam 45 minit sahaja. Kalau lama mahu pening mencari idea melayan Amaani. Sebaiknya kalau perjalanan jauh, bawa buku kalau anak kita suka baca buku, mainan atau apa sahaja yang boeh dijadikan aktiviti sementara nak menunggu mereka terlelap ;)

Komen anda:


Warning: array_rand() [function.array-rand]: Second argument has to be between 1 and the number of elements in the array in /home/xchangei/public_html/abiummi/blog/wp-content/plugins/math-comment-spam-protection.php on line 65

Bad Behavior has blocked 5 access attempts in the last 7 days.