Archive for January, 2007

Sofiyyah baca buku…

Semalam Ummi sempat keluar shopping for Amaani and Sofiyyah… both of them got a book… hopes this will help to instill the interest in reading… enjoy viewing Sofiyyah’s response.. [Click here]

 

Abi @ Bahrain (Day 2)

Abi @ Bahrain 006 Abi @ Bahrain 005 chat_abiummi

Pagi td dapat voice chat dgn Ummi, Amaani dan Sofiyyah guna YM. Barulaa nak rasa kehebatan notebook baru ok ni…. haha. Lama sangat cakap sampai lupa nak pergi breakfirst…
Sesi terakhir conference habis pukul 8 malam. Sesi terakhir tuh dah tersengguk-sengguk… yerlaa waktu Malaysia kan +5. Sebelum bergerak… sempat ambil gambar dengan wakil-wakil dari Bank Negara dan KFH Malaysia.

Abi bergerak ke Hotel Best Western Elite di Juffair. Haha yang best nyer WIFI free….!! Sampai hotel.. tukar baju terus keluar cari makan… Adoi sejuknya cuaca kat luar tuh nasib baik dah pakai windbreaker… Jalan-jalan nampak Supermarket Murjan Centre. Baru dibuka rupanya… So banyak kedai kosong lagi… Abi sebenarnya nak cari Shawarma… tp entahlaa tak nampak pun.. yang ada kedai fastfood Mexico Chic’Inn… Orderlaa satu ni mcm Shawarma… Tp banyak sayur dlm dia..hahaha…

Abi @ Bahrain (Day 1)

Alhamdulillah Abi sampai di ‘airport’ Bahrain tepat jam 1.10 pagi waktu Bahrain atau 6.10 pagi waktu Malaysia. Bertolak dari KLIA lebih kurang 7.30mlm selepas penerbangan ditangguh lebih kurang 2jam setengah.

Sebelum sampai Bahrain kapalterbang berhenti 1 jam di Muscat, Oman. Ingatkan kat situ nak hantar SMS kat ummi… tapi tak dapat ‘roaming’. Sampai Bahrain pun macamtuh jugak.. sahlaa Celcom ni problem…. Sampai hotel Diplomat Radisson SAS Hotel dalam 10 minit perjalanan. Bahrain ni bukan besar mana pun… Naik bilik… solat Maghrib dan Isya’ Jama’ Ta’khir… Read more »

Dedikasi buat Abi

Baru sekejap Abi takde dah terasa x best… kan Amaani? Ummi sempat surf blog dan terjumpa sesuatu… utk Abi dan semua sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan ummi… May Allah always guide us with His Blessings and Love.

http://star41.blogspot.com/2006/08/sahabat_15.html

Abi: Dedikasi buat Ummi pulak..;)

Abi @ Bahrain 002 KLIA-WIFI_web Abi @ Bahrain 001

Abi nak naik kapalterbang

Masjid Biru BahrainBahrainBahrain di waktu malam

Petang ni Abi akan bertolak ke Bahrain atas urusan kerja… Kali ni lama jugak… 18hb nanti baru balik sini… Ummi dan anak-anak abi semuanya tak pernah lagi merasa naik kapalterbang…

Haa sekarang ni kan AirAsia tengah buat promosi 1juta tiket percuma (tidak termasuk cukai dan lain-lain yuran). Nanti balik Abi cuba cari, mana tau ada rezeki kan….!!

Di Bahrain Abi akan menghadiri satu persidangan bagi Penasihat-Penasihat Syariah Institusi Perbankan Islam. Ianya dianjurkan oleh Accounting & Auditing Organization for Islamic Financial Institute (AAOIFI). AAOIFI merupakan antara pertubuhan yang berpengaruh dalam menetapkan ‘Shariah Standard’ yang digunapakai dalam menstruktur instrumen dan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh Perbankan Islam.

Kali ini persidangan tersebut diadakan di Bahrain… Negera yang berjiran dengan negera tempat aku belajar iaitu Kuwait. Cuaca di sana mengikut laman web ini 16′C. Waa sejuk tuh… tapi tak sampai tahap salji. Abi sebenarnya dah berkesempatan sekali ke Bahrain tapi transit sahaja… cuma sempat keluar kerana dapat hotel di luar airport.

Siapa tahu apakah persamaan antara Bahrain dengan Malaysia?

Bahasa Amaani

jan 2007 063 jan 2007 064 jan 2007 038

Dah 2 hari Ah Jau telefon Amaani kat rumah. Seronok la Amaani… Ada jugak orang nak call die.

Dalam menyampaikan kehendak dirinya atau menyatakan apa yang diketahuinya, Amaani telah mencipta bahasanya sendiri… jadi orang di sekelilingnya terutama Abi dan Ummi terpaksa cuba memahaminya… Antara bahasa yang digunakannya ialah :

1. Bahasa Cine (kalau ikut bahasa orang dewasa) - biasanya digunakan bile memanggil pakcik, makciknye, dan wan

>> Kalau dalam bahasa cine, nama orang seperti Ah Kit disebut sebagai Akit. Amaani juge menyebut begini, tapi Ah menunjukkan pangkat, contohnya kalau Mak/Pak Ngah, disebut Angah (Ah Ngah)…mungkin sebab die ada keturunan cine sebelah ummi die, ada la sikit2 turun ke lidah die ;) Read more »

Galeri

Koleksi gambar anak abi dan ummi untuk tatapan pengunjung blog ini. Biasanya ummi laa yang rajin rakam gambar aktiviti Amaani dan Sofiyyah terutama di rumah untuk abi tengok bila balik kerja.

Amaani-Sofiyyah_Dis06 029 jan 2007 033 jan 2007 038
Untuk melihat senarai penuh album sila klik >> galeri.

Ahlan 2007

Yeeeh.. abi jadi penulis pertama entry 2007!! Ummi rebut nanti entri pertama 1428H yer..;)

Ok bersambung

Bad Behavior has blocked 5 access attempts in the last 7 days.