Archive for December, 2006

Eidul Adha

Esok insyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Eidul Adha. Bagi mereka yang sedang menunaikan haji, Hari Raya jatuh hari ini selepas semalam wuquf di Arafah. Setiap kali tiba Eidul Adha, abi akan sentiasa teringat saat-saat menunaikan haji pada tahun 2000. Semasa tuh abi masih belajar lagi di Kuwait. InsyaAllah abi berazam akan membawa ummi, Amaani dan Sofiyyah buat umrah dulu dan ada rezeki boleh menunaikan haji pula selepas itu.

Esok kali kedua Sofiyyah beraya…, masa aidilfitri yang lepas baru sebulan 2 minggu umur dia. Amaani dah merasa 2 kali Aidilfitri dan sekali Eidul Adha sebelum ini.

InsyaAllah selepas raya nanti abi akan tulis satu entri mengenai aktiviti kami sepanjang hari raya. Notebook baru abi pun dah sampai pagi ni, senanglah sikit nak kemaskini blog ni.

Amaani-Sofiyyah_Dis06 016

Sempena Eidul Adha ni sebenarnya inilah peluang untuk kita mengajar anak kita amalan-amalan yang patut dilakukan dan kita jadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Read more »

Mendidik Anak; Kaedah (sambungan…)

Sambungan semalam…

Summary to the article is as follows:

Terdapat 2 cara yang ditemui untuk membentuk minda kanak-kanak.

1. Brainy Gym

Satu program yang menjadikan aktiviti gerakan anggota-anggota badan sebagai perangsang dalam peningkatan kemampuan minda. Ia dapat memperbaiki keupayaan minda untuk memberi tumpuan, mengingat, kebolehan berbahasa dan mengira, membaca, menulis, bertutur, bersukan, dan lain-lain.

Kaedah hasil kajian klinikal seorang juruterapi dari Amerika Syarikat; Dr. Paul E. Denisson yang pada asalnya mencari formula bagi membantu mereka yang lumpuh keupayaan belajar dapat membantu mengaktifkan pelbagai fungsi kognitif termasuk komunikasi dan pengurusan. Ia menyediakan otak dan keseluruhan sistem saraf agar dapat berfungsi secara optima dalam apa jua bidang; intelektual, kretiviti, kesukanan dan interpersonal.

Aktiviti pembelajaran yang berlaku apabila otak dan keseluruhan sistem saraf pada tubuh telah bersedia dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan kurang tekanan serta dapat memberi ruang untuk menyerlahkan kreativiti. Read more »

Mendidik Anak; Kaedah

Saje surfing kejap sementara anak-anak tidur… Dua-dua anakku keletihan seperti biasa; selepas rutin hujung minggu yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti…balik kampung, pergi kenduri, dan shopping… Amaani dah bangun pagi tadi, dalam 1/2 jam selepas Abi pergi kerja…bangun2 je gelak; seperti biasanya dia yang ceria… bila Ummi tanya : “Mana Abi?”, “Jje”, jawabnya dengan pasti… tahu je Abi tak cuti. Kalau tak, mesti pagi-pagi muka Abi yang pertama dilihat, mungkin itu dalam kotak fikirannya.

Back to the topic, Ummi is curious to know everything on child education and development. Searching the google on sichida method; which Ummi came accross on it from an e-mail from a friend some time back. Checking for reliable article or website that tells about it… So Ummi found this :

http://www.brainy-child.com/article/braindevcenter.html

Saya’ti almulaahazhoh lil qith’ah ba’dal waqt li’anna Amaani qad istaiqazat minnaumiha…failal liqa’

[Summary of the article will come after this since Amaani has wake up...see ya...]

Al-Bidayah

Assalamu’alaikum warahmatullah…

Sebagai merasmikan Blog abiummi.com… abi dan ummi bagi Amaani menaip sepatah dua kata ;) Ok Amaani apa lagi…!!

Amaani Rasmi Blog

Amaani: “gggggggh jjjjjjjjjjjjvv 222222m mmmmm mmmmmm mmmmm hh hnmk,teferythyu”

Terima kasih kepada Amaani… Begitulah tadi selesai sudah perasmian blog abiummi.com. Semua pengunjung kelihatan mengangguk tanda faham di atas amanat yang disampaikan tadi….

Nota kaki:
1. Al-Bidayah = perkataan Arab bererti “Permulaan”

Bad Behavior has blocked 5 access attempts in the last 7 days.